~Summary Ujung Minggu~

Assalamualaikum dan selamat pagi,..

Apa cerita menarik hari ni?? ya, pagi ni aku pny perut buat hal dan menyebabkan aku datang ofis lewat 1JAM ohho,.. malu sungguh, nsib baik xnaik record datang keje lambat sebab aku mmg datang keje 1 1/2 jam lebih awal dari yg sepatutnya, hehe, 

Hari ni aku nak summarize skit apa yang telah berlaku pada hujung minggu baru-baru ni, 
8 July, 5.00 p.m
Opismate aku mendapat sms dari rakan beliau menyatakan perlu balik awal sebab jalan da mula kna tutup da lrt out of service,.. demmm, aku da mula risau kang aku balik lewat cmne?? Aku pn dengan bersungguh2 siapkan market wrap aku dan Yesss, berjaya siap pada jam 6.30 p.m

Time ni aku keluar pejabat dan mendapati keadaan KL yang agak lengang dari biasa siap aku bleh plak kna blik ke opis semula di sebabkan oleh hal2 pejabat yang aku xprasan sebenarnya,.. dan waktu keadaan trafik d KL masih jugak lengang yang pelik xmacam hari jumaat yang sebiasanya,..


~sleepy~

Selamat Pagi!!!

Entah kenapa hari ini aku sangat2 mengantuk di ofis, haiya,.. ditambah plak new job yang bos aku kasi, BUMI ARMADA, hahaha, padan muka aku, kan?? last week suka sangat sbb xperlu buat, tup2, pagi ni dapat hadiah, (-_-)"

Xpelah, buat je,.. hehehe,


~Ride to Melaka with LBM~

Ha,.. semalam, 3 July, aku ada ride ke Melaka bersama Lady Bikers Malaysia,.. pagi2 lagi aku da bersiap, semangat wooo, 1st time ada aku nk join ride ngan geng2 LBM, 


RV kami ada lah Shell Tol Sg Besi,.. Nak dijadikan cerita, aku xtau jalan ke situ, aku pn hello la sahabat aku sorang, enF ntuk bg direction, dan dia pun bgtau, ikut signboard ke seremban, n dia offer untuk lead aku ke sana,.. Alhamdulillah, xde la aku terkontang kanting cari jalan xjumpa nt, 


Awal sungguh aku bersiap, semangat la katakan,..

~end Of jUne~

alhamdulillah,..

Aku rasa bersyukur kerana dari hari ke hari aku dapat rasa seperti semakin bersemangat untuk melangkah,.. Kenapa? Haha, sebab dah xlama lagi aku akan balik duk kampung la,.. >.<

Hari ni aku baru je dapat 3 buah IPO prospektus dari En Wan, perghh,.. Company ape?

i - Bumi Armada,
ii - Hibiscus Petroleum, dan
iii - PLabs

1 -> 1 -> 1

First skali, Selamat hari Bapa~

Alhamdulillah, hari ni aku masih sihat wal'afiat untuk meneruskan idop hari ke hari,..
Hari ni aku xde aktiviti pape pn, kecuali buat kerja opis aku yang xabez2, haiya,.. bukan aku nk mengeluh ke ape ke, (tp kategori mengeluh dah ni), aku kalau bleh tanak keje yg menganggu hari minggu aku, time aku nk bercuti, ade je gangguan mental dan fizikal, at the end, aku xleh nk wat keje aku sendiri, pn xleh nk ride, haiya haiya,

Tadi aku baru je pas cakap ngn ayah aku, almaklum la,.. hari Ayah, perbincangan utama adalah mengenai pemindahan aku ke kampung ujung bulan ni, dan diumumkan bahawa GREEN LIGHT telah pn diterima untuk aku ride BALIK KAMPUNG, alhamdulillah,.. akan tetapi, macam biasa, aku dapat agak mak aku akan berleter panjang dlu sblm aku berjaya laksanakan misi aku kali ini, hehehe,

Hari ni aku juga belajar 1 benda baru, cara2 tukar2 heading blog ni, thanks to epi aka syafiq yg merupakan penggiat dlm industri blogging ni, cantik kan heading ni?? tp bukan aku yg buat, hahaha,




~~~tik, tok, tik, tok~~~

Pejam celik, pejam celik,..
Rupa-rupanya dah tinggal xsampai 2bulan pun lagi untuk aku kerja di Kuala Lumpur,..

Ha?? Lepas ni nak ke mana?? Hehehehe,
Aku bakal pulang ke kampung halaman untuk bersama mak, ayah, dan adik-adik,.. ohho~~~ adakah aku bakal tinggalkan kehidupan bermotor aku? TIDAK MUNGKIN!!! muahahahaha, walaupun aku ni tidaklah begitu tau hal-hal motor ni, tapi jiwa aku untuk ride tetap ada,..

Ada orang yang bertanya, xminat kereta ka?? ehem2,.. Ok, walaupun aku sudah berlesen kereta, tapi keinginan untuk aku berkereta tidak begitu kuat,.. Setiap kali aku bawak kereta, mesti akan rasa nak muntah, pening2, mengalahkan orang yang morning sick pulak, huhuhu,

Ok, kembali ke cerita asal, aku sekarang akan balik ke kampung end of July, and guess what?? aku bercadang untuk ride balik kampung!!! weeeehuweeeeehu, insyaAllah, jika panjang umur, sihat tubuh badan, sihat kesihatan motor tu, hehehe, dan aku berdoa mak aku dan ayah aku terbuka hati bagi aku ride kali ni,.. almaklumla,.. jauh dari yang biasa,..

Plan aku bila dah duk kampung nanti,.. Aku sendiri pun xpasti,.. Cuma wat masa sekarang ni, aku nak fokus pada aku punya itik2,.. bukan senang nak laksanakan projek ni,.. kena rajin, xleh duk rasa geli itu, geli ini,.. nasib baik la aku dari kecik memang anak kampung, so, basic tu dah ada,.. kalau setakat nk masuk kandang (kandang kah??) itik tu, no hal la,.. hehehe, cuma sekarang aku selalu la hubungi pihak veterinar mengenai aku punya rancangan, cuma kelas hanya akan bermula next year dan full time, dan aku mungkin pelajar tertua dalam kelas itu nanti sebab syarat untuk join kursus ni, umur 18tahun-25tahun~~~ oh,

Diharap ape yang dirancang berjalan dengan baik... insyaAllah,

p/s - Aku suka baca blog2 blogger lain, :D


~~~Looking for A Direction~~~

Alhamdulillah,.. I still alive until today,


Last 2 days, I watched a movie, Julia n Julie,.. It had inspired me to continue writing this blog, but in the mean time, I am not expecting people to read it, a.k.a hoping it can be kept privately,.. Previously, I have no direction in writing (actually now I also got no direction neither, hahaha!!!)

I love to read others blog,.. I've been thinking if I can start to write about my bike, hehehe, well, currently my motor is a standard motor,.. I want to change some of its part, to increase the performance. So, let see if we can make it or not.

Today, I plan to have a ride to Shah Alam,.. I want to take a look on Taman Pertanian, who knows, maybe after this, I can spend my weekend there, :D

~~~a day~~~

Hari ini hari Jumaat,..
Hari ni aku cuti, almaklum la cuti paksaan,.. Nape paksaan?? Bos aku kasi aku cuti sebab cuti tahunan aku xleh nak carry forward,.. Just now, aku dapat call from Focus Point, depa suh p amek spek mata, da siap rupanya spek aku tu,.. Igt lewat2 petang satg bru nk siap,

STOP!!!
hehehe, I just remember that I need to speak in English starting today, huhuhu, This Monday I've got an interview with Bank Muamalat,.. I'm a bit shock, because I'd sent the resume for a long time ago,.. So, starting now, I'll speak in English everyday, hahahaha, quite poyo rite?? :D

Back to my plan for today, I'm going to take my spek after I'm finished writing, then, I'm going to service my gilfren, hahaha, and also wash it,.. tomorrow I got a kenduri kawen to attend. So MissW need to be polished shiny, hahahaha,



~~~haiya, ~~~

haiya,..
lama sungguh aku cuti dari blogging ni.

Ride~~~

Aku baru je kenal motor ni sebenarnya, dalam 5 tahun, tu pun xreti bab dalaman motor,
Actually aku kagum ngan sorang rakan aku, Sara yang tau serba-serbi pasal motor,
Mungkin sebab background yang berbeza, mungkin jugak sebab minat dia lebih mendalam dr aku,
hehehe, Sara ni memang cekang abez, sebab?? dia bakal menjadi engineer kapal terbang dan seangkatan denganya,.. cayala sis, :D

Berbalik kepada kisah moto ni,..

Semalam aku baru aje siapkan laporan ride, seronok ride ni,.. malangnya ada org yg xsuka aku ride, so aku cuba jaga hati setiap pihak sekeliling aku,

nak aje aku kongsikan kt blog ni betapa aku excited sgt2 ride motor ni, tentang aktiviti yang telah aku join, tp aku ni masih belajar dalam hal2 blogging, so, aku tau cakap, 'aku suka ride'
hehehe,

ape2 pn, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah aku, en Mohd Nazir, mak aku, pn Norhashimah, dan jgak keluarga aku, kerana telah memberi sokongan dekat aku untuk melakukan apa sahaja yang aku minat, dari kecik sampai la ni, aku bertuah sebab dapat parent yang sangat2 sporting mcm mereka,..

dari ape yang aku tau sepanjang hidup ni,.. everything is about KNOWLEDGE, aku ni xpandai dalam hal2 pelajaran, dan aku ni seorang yang pasif, aku hanya mudah belajar dari berbincang dengan orang lain,.. memang ada orang cakap search kat google, blajar sendiri, malah ada yang cakap aku ni jenis nak disuap je suma benda,.. sebenarnya, bukan aku xpernah godek2 google tu,.. aku selalu je search internet, tp 1 je prob ble aku baca sendiri,.. bila aku xpaham, xde tempat untuk ditanya, kalau boleh tanya pn aku kna tunggu lama,.. lama,.. baru leh nk dapat jawapan, tu pn biasanya setelah aku dah lupa tentang hal ni,

eh, apa yang aku merepek ni?? hehe, sekali sekala merepek ape salahnya, aku suka nk luahkan perasaan aku,




~~~alone~~~

nak kata kenyang, xkenyang,
nak kata lapar, xlapar,
inilah yang dinamakan rindu~~~
aku rindukan kampung halaman,..

T_T

~~~empty~~~

Aku still tengah membaca, xde pape yang menarik pun berlaku hari ni, kecuali,.. aku tersesat di KL, wakaka!!! Biasa la, aku masih sedang belajar mengenal jalan,..

Wassalam,..

~~~the explosion of Merapi~~~

Rupanya da 16 hari pn aku join ke kenduri Daos 1st January,.. Malangnya, hari ini, baru aku demam,
Selamat Malam yang mampu ku ucapkan,.. Suara da ilang, mata da kuyu,.. suhu badan pun da naik, haish,..

Sabtu yang padat,..
itu je yang mampu ku katakan,..

Interlock a.k.a. Interlok
Novel nukilan Abdullah Hussain ini telah ditangan ku,.. Dalam 1 malam ku baca hingga Chapter 3 sahaja,.. cerita ni mnarik minat aku untuk teruskan pembacaan,.. Okep, ckup skema,

Ape yang lucu?? o_0
aku ingat buku interlok ni originated in english version, ye la aku g beli english version punya, hahaha, tup2, rupa-rupanya, bahasa melayu original, nak xnak, aku baca jugak la,.. nasib baik la bhasa die light english, hehehe, klau literature, terkapai2 jugak aku nk terjemah balik,

Ok, ckup la takat disini, banyak yang menarik untuk diceritakan, tapi terlalu letih dan sakit, agak risau tentang penyakit dalaman~~~

Rindu~~~

Marahnya saya,..
Sepatutnya hari2 buat blog, tapi semalam aku tertido,.. :(

Ini adalah pengajaran yang mesti disematkan didalam kepala, hohoho, semalam aku tolong wat fb ntuk adik aku,.. biasala, sekarang ni suma orang asek ber fb je, aku pn sama~~~ hehehe, cuma ada baik buruknya, aku tengok ada setengah tu, terover, mungkin orang tengok aku pn sama jugak, hahaha, xpa2 masing-masing ada pendapat masing-masing, :D,

Apa aktiviti hari ini ye??? Aku ingat, nak ke shah alam tengah hari ni, melawat kazen aku yang baru kawen, 2 pasang wooo, aku je yang xkawen-kawen lagi,.. nape??? 1 - sebab xde orang yang nak datang bawak rombongan, hahaha!!! almaklum la, nk kata cantik, xcantik mna, nk kata ayu, hahaha!!! jauh skali la, (asek preng2 nek moto lg), nk kata pandai, cit, blaja pn ckup2 mkn, nk kata family orang besar,.. ayah aku gov servant, mak lak xkeje,.. tapi family aku berbadan besar la! hahahaa, tu la,.. aku pun manusia biasa jugak, yang rendah hati, 2 - aku sendiri rasa belum bersedia,.. (actually ni sepatutnya ada diatas) hehehe,

Dari kecik lagi idola aku adalah EN Mohd Nazir Bin Ahmad dan Puan Norhashimah Binti Hashim,.. :D ayah ngan mak aku la,.. Setiap langkah aku, aku akan cari something yang extraorinary, sebab aku tengok ayah aku memang extraordinary, hehehe, mungkin ada setengah-setengah orang cakap aku ni anak bapak, xla, aku anak mak ngan ayah aku,.. lain tau istilah anak bapak, anak bapak n anak mak ngan ayah,.. aku lak balance, aku bukan anak manja, tapi aku suka mengekoq mak ngan ayah aku ke mna ja diorg nak g, sampaikan, taktik paling bez yang mak aku guna, nek moto, hahaha, padan muka aku, duk la tepi grill lambai selamat jalan kat mereka, T_T, even aku sekarang da umo 24, aku still macam tu jugak, aish, tapi tu la, ini la diri aku, apa yang balance tentang mak dan ayah aku?? biasanya, kalau aku nak cerita hot n spicy pny story, hahahaha~~~ mak aku la yang akan aku cari, bukan gosip ye, cuma cite tentang diri aku,.. huhuhu, kalau ada orang ngorat ka, (ada ka?? hahaha) klau aku terminat kt some1 ka, hehehe, abezz la aku klau mak aku bocor rahsia,.. kalau nak mintak pendapat pn sama jugak, tp kalau pendapat ni biasanya both akan contribute la, tapi klau hal2 keje, mak aku akn bg refer letter to dad, ngehngehngeh, hal-hal yang lebih serius, banyaknya dibincang dengan ayah aku, skali skala aku ckp jgak hal hot n spicy, tapi ayah aku boooo layan, wat donno, padan muka aku, mak aku plak?? mak aku pandai menjahit, dan baik hati, masak pun sedap tau,.. tiap-tiap kali balik kampung, mak aku akan buat sambal kering stok bulanan punya untuk aku makan, ha,.. punya la mak aku sayang kat aku, hahaha, aku pun sayang mak aku, hari-hari makan sambal je keje aku,.. aku serius, xpandai memasak mana, dulu waktu blajar mmg la memasak macam-macam tapi lama-lama bosan la, aku xminat memasak, terima kasih mak, ayah, :D, both of you are ROCK!!!

Di kampung, kawan aku adalah ayah aku, mak aku, dan adik2 aku (bestfren=aizuddin a.k.a. adik bongsu 10 tahun). Kalau lepak-lepak pn dengan adik aku yang handsome tu la, kahkahkah, ada la waktu aku keluar dengan shazana, tapi sekarang dia pun da kawen, susah la~~~ xpala, aku masih macam ni, dengan cita-cita yang sangat tinggi, aku teringin nak buat bungee jump, hahaha, tapi kat Malaysia ni xde, huhuhu, aku kna la simpan duit ke luar negara,..

adeh, banyak pulak aku berceloteh ye, eh, menaip, jika panjang umur, esok aku akan bercerita lagi~~~

to do:-
1-basuh baju
2-
melawat family shazana
3-g bb plaza (semalam xsempat)
4-g shah alam melawat sepupu
5-have fun!!!







~~~a Dream of Mentarang~~~

Saya berasal dari utara semenanjung Malaysia,..

Makin hari ke hari saat aku berblogging makin lewat~~~ Sekarang da waktu tidur, tapi hati kena kental, azam jangan dimain-mainkan,.. 26 February depan akan ada majlis kenduri rakan dr KDMC, Posto, sedang aku jengah laman jemputan, ade plak cerita tentang mentarang ni keluar,.. SRUPPPP, SRUPPPP, da lama xmakan mentarang, aku suka makan mentarang,.. Mak aku cukup risau kalau aku g pasar time musim orang jual mentarang,.. Klau xmusim lagi la risau! hahaha, yela, kalau musim mentarang sekilo RM6, bkn musim da jd RM8,.. aku plak slalu bukan bedal sekilo, nak2 2kilo,.. ha~~~ sapa xsusah hati??? Ayam nk beli pun 5ringgit, mentarang plak yang lebih,..

Tapi, itu dulu, sekarang alhamdulillah, aku dah kerja, dan alhamdulillah, aku mampu la beli sendiri~~~ tapi di Utara sekarang xmacam dulu,.. sekarang ni susah sangat-sangat nak jumpa,.. Sekarang klau nk, cari dekat area Tanjung Karang, Sungai Besar, dan kawasan sewaktu dengannya,.. Kalau aku g sna kna tyme, mmg aku akan beli punya la, untuk bawak balik ke Kedah,berkilo la

Habis ke???

ye, memang habis licin siap xckup lagi, huhuhu, aku biasa wat bakar je, terbakar la dengan aku skali~~~ Biasanya aku bakar ni guna sabut je, Mentarang ni xperlu bakar lama2 agak2 kering basah kering tu, trus je srupppp msuk lam mulut, hehehe,.. Sebab tu la 1kilo xckup,.. Mak aku xmkn mentarang,.. Ayah aku makan la, adik-adik aku?? ha, ni 1 hal jugak, time membakar, suma konon2 xmakan mentarang,.. bila agak da siap panggang je, datang wat muka kering, hahaha,.. tapi xpe, sayang adik punya pasal, meh la kita makan beramai-ramai,.. seronok, sambil bakar sambil makan, siap je msuk mulot, siap je msuk mulot, hahaha, seronok makan mentarang panas-panas,.. kira meratah la, :D

Sebenarnya mentarang ni, orang pun makan dengan nasi,.. sedap2, tapi aku jarang-jarang sekali la, sebab xsempat nak masuk umah pun mentarang-mentarang tu abez di makan sewaktu membakar, biasanya hanya 6-7 ekor mentarang je selamat,.. tu pun untuk mak ngan ayah aku,..

okey la, takat tu je kut,

SELAMAT MALAM~~~

p/s - da booked interlock novel yang tengah kontrovesi sekarang. Esok nak g amek kat bbPlaza,.. Lepas ni bleh la komen skit-skit tentang buku tu,..

wasssalam

hari ini hari kita~~~

Assalamualaikum,..

Wah!!! Hari ini aku lewat menaip belog ku ini! rilex, rilex, biar lambat asalkan selamat,.. Banyak benda yang aku buat hari ini,.. Mostly spent time with friendS and also looking for new stocks of shawlS~~~ But em,.. (style sebutan ausie konon2nya, hehehe) Nothing much to bought except my muslimah t-shirt!!! TETTTT!!! our of topic, out of topic,.. hahaha,.. :D, This morning I'm working as usual, lunch?? at kampung baru, with rider's friendS, :)

Actually I should go to Jalan TAR during lunch hour, but there is some last minute program changed. Huhuhu,.. so, having a lunch with Sara, Opu, Yamada and also Sara's B.

Fuyooo~~~ lama aih lunch, hehehe, lepas balik dari lunch, aku masuk office cam biasa la, nasib baik aku jugak orang pertama yang sampai ke office, hehehe, lepas tu officemate aku, Anuar, pn balik bersama En Ekmal dari Launch IPO Century Software, perghhhhh, gift banyak tu,.. siap dapat organizer tu yang wat aku jeles, hehehe, Anuar pun crita la yang dia ada jumpa Haji Zainal dan Kak Hani, aiseyyy, rindu plak kt diorang ni,..

Skip that story, aku pun siapkan Market Wrap (week ni aku punya turn),.. and nak balik dari keje, terserempak dengan Fadzerin,.. Oh, jom la balik sekali, lalu kami pun trun lif,.. sampai kat bawah Afiq gtau (melalui telefon), g minum kat belakang, Jom je la,.. rupa2nya memang diorg tgh minum-minum dengan senior diorang tu,.. sembang la plak~~~ panjang woooo, sampai itu brader cakap, "encik, sudah mau tutup" HAHAHAHA!!! ape lagi? blah la,

Lepas dah gerak, aku pun p la Jalan TAR,.. kali ni girl yang layan aku tu orang lain, SIOT je itu budak, berlagak je ngan aku, :(, dah la aku nk beli2,.. xpa2, aku biar je, pasni, jangan harap aku nk biar ko dapat komisen dari aku lagi, wakaka,.. Kemudian, aku p cari kepala patung, hallamak, stok belum ada la, :(, lalu aku berjalan nak ke moto,.. alih2, fewwwit! baju Muslimah cantik, cantik, cantik, hehehe, Zrappp, abez RM56, huhuhu, opSSS 2 helai la,.. murah kan?? Aku sekarang da tergerak hati nak pakai baju yang lebih sopan, doa2 semoga aku berhijrah kepada yang lebih baik,..:)

Lepas da perabih duit2 yang ada, aku pn bergerak ke Ampang,.. Berjumpa minum2 dengan Seri, Ekin, Farids dan kimi,.. Lama xjumpa diorg ni, banyak plak cerita yang dibincangkan~~~ seronok, seronok, tup, tup, tup (skali ujan trun da) hahaha, lalu kami pun berpisah, ke haluan masing2,..

Sekarang aku ada dirumah la,.. kring, kring, (aku tgh call ayah aku ni),
Ala,.. En Mohd Nazir tengah main badminton la plak, baru je nak promote blog ini kepada beliau, hehehe, Ayah, klau ayah baca entry ni, mesti bangga kan?? FEYMES wooo,

Begitu lah aktiviti hari ini,.. nape entry Hari ini hari kita?? sebab KITA=aku dan rakan2,
(-_-)v

LOVE YOU ALL!!! MMMMUAXXX

Selamat Malam,..

~~~CEO baru~~~

Seperti biasa,..

Kepulangan aku disambut oleh azan maghrib yang berkumandang dari masjid berdekatan. Seronok pulak aku mencoret dekat blog ni ye, hehehe, ape cite hari ini??? Wuhuhu, salah satu daripada azam aku tahu ini adalah mempunyai insurans~~~ almaklumla, rider kental harus ada back-up, bukan back-up singer, tapi in case (bukan doa, tapi beringat-ingat sebelum kena),.. kita xtau apa yang bakal berlaku masa depan, even sesaat pun,.. As said, aku pun janji la nak lunch dengan kawan aku yang juga pemasar insurans,.. Tepat 11.30 a.m., datang puan HR aku yang menyatakan ada meeting dengan CEO baru. Aku pun pergi la,.. Wah2, handsome jugak CEO ni (handsome untuk umur dia la) hehehe, terigt ayah aku Encik Mohd Nazir, aku rasa sebaya la diorang nih tapi ayah aku lagi handsome la sebab beliau berambut hitam berkilat,

Okep, nak jadi cerita, meeting terbabit begitu panjang,.. Sampai kul 2petang,.. wuhuuu, kesian kat member aku Cik T, nasib baik dia pi makan dulu, kalau x, mesti aku dah xde kt depan lappy (hehe, gurau di waktu senja),.. Kembali ke tajuk asal, CEO aku ni nampak berkaliber, dari segi idea-idea yang dia bagi,.. tapi aku sendiri pun company aku sekarang leh maju di bawah dia atau x, itu perlu kita lihat,.. Aku xsuka bagi judgement awal-awal, kalau puji lebih-lebih kang depress plak,.. kalau kutuk kang, malu+dosa, hahaha, Apa-apa pun, aku ucapkan selamat datang ke company aku yang serba cantik, alMaklum la,.. opis baru la katakan, hehehe,

Sekarang ni, apa yang aku tengah fikir adalah, bagaimana untuk memajukan diri aku,.. malam ni aku nak isi borang mohon veterinar course,.. harap-harap dapat la, aku nak sangat-sangat further study aku dalam bidang ni,.. Ini la minat aku yang sebenar, terbuku dalam hati dah lama~~~

Sebelum aku menutup tirai blog aku hari ini, aku nak kongsi satu perkara yang bakal aku buat dalam setengah jam dari sekarang.

Jeng,.. Jeng,.. Jeng,..

Mesti tak suprise, kn??

Telah-telah la korang bleh skip dari baca apa yang aku coretkan sekarang ni, hahahaha, (gelak guling-guling)

Baiklah, aku akan memasak malam ni,.. sempena kemelesetan ekonomi tahap gaban, aku nak masak apa?? hehehe,.. Nasi putih + Sambal udang petai = SRUUUUUUUUUUUUPPPPPPPPPPP!!!!

ok la,.. buBye

MMMMUAX

Side Mirror Pecah = Bihun Celup + Som Tam

erk!!! Alhamdullilah,
Bertambah lagi 1 entry aku dalam blog ni, hehe,.. Aku baru je pas makan nih, tadi singgah di Kampung Baru (ces, umah aku ni pong kg Baru) beli makan,.. Lapar la, tadi aku tersesat2 sampai masuk ke MRRII!!!

Kisahnya bermula,..
Seperti hari-hari biasa, aku akan parking CikW aku tu di parking berbayar. Tengah hari tadi, aku pun keluar la untuk pergi post office Kg Baru. Bila aku balik je ke tempat parking,.. FEWWWWWITTTT!!!! Abang ninja! Hahaha, seperti hari-hari biasa jugak, aku parking la kat sebelah abang ninja~~~ Ohhh!!! ehem2, lupa pulak, Aku ni peminat abang ninja, hensem wooo,.. sepadan la dengan CikW aku ni sebenarnya, hehehe,.. Aku ada cita2 nak riding dengan Abg Ninja 1 hari nanti,.. tapi, xtau la leh jadi kenyataan ke x,.. Sebab apa? 1-Mahal,.. 2-Kekangan dari keluarga (aku xtau maksud sebenar kekangan, tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah halangan), hehehe,

Parent aku memberi aku 100% sokongan untuk aku beli kereta, tapi aku gayat nak drive,.. So, tidak tercapailah hajat mereka untuk melihat akuu drift, hehehe,.. (gurau di malam hari).

Okep, sambung je cerita tadi,.. Lepas aku park di sebelah Abg ninja, aku pn tinggalkan la CikW dating,.. Aku pun pergi sambung wat kerja dengan hati yang tenang,.. Bila jam kerja dah cukup, aku pun bergerak nak g amek CikW,.. Dari jauh aku tgk CikW duduk sorang2,.. Nampak macam muka sedih pun ada jugak,... Haish, xkn berkelahi dengan Abg Ninja kut, tgk muka cam gentle je,.. Sekali, bila aku sampai ja, MasyaAllah!!! T_T berderai dah,.. Spek mata CikW pecah!!! AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Sapa punga Khianat ni?? Bergenang air mata aku tengok CikW kesayangan aku,.. Aku xtau nak kata apa waktu tu, terkedu, nak start enjin pun macam xdak tulang,.. T_T sob, sob, sob, Aku gagahi jugak bawak CikW g kelinik, yang paling dekat@yang aku tau dekat Sentul. Nak xnak, aku kena jgak bawak CikW walaupun dia da xleh nak tgk belakang... Huhuhu, sambil aku jalan ngan CikW, aku tertanya,.. "ni reja Abg Ninja ka??" tapi macam biasa jugak, CikW bukan nk cerita perkara sebenar kat aku, dia jenih simpan dalam,..

Nasib baik la aku memang ada kuarkan duit tengah hari tadi,.. Sampai ja dekat kelinik, kopak la duit aku RMXX. Xpa2, CikW punya pasai, Lautan api sanggup aku redah (lepas dah jirus dengan air la) hahaha,.. Bila dah siap2 bayar untuk cuci luka ngan ubat apa suma, aku pun jalan la balik,..
Nak jadi cerita, jalan yang aku biasa guna tu tutup,.. Aku ni dah la xtau jalan lain, U-turn pun xboleh, haish, terpaksalah aku teruskan,.. Teruskan sampai mana?? o_0 aku ni xtau jalan,.. sedaq2 aku dah lalu zoo negara, last2 sampai ke Ampang, di mana aku tadi?? MRRII, HAHAHA,

Plan hari ni nak masak la, sebab duit da abez p klinik td, kena plak sesat2 sampai dekat senja, aku cancel masak la,.. Singgah terus beli bihun celup sama somtam, lega,... Puaih makan aih,
hehehe, licin smpai menjilat sudu nih, :P

Orang kata gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang HATI!!! jom tito,
ZzZzZzZz

Bermulanya 2011

Selamat tengah hari~~~
Azan tengah berkumandang di saat ini,

Aku??
Masih lagi di dalam bilik di sebuah rumah, di tengah kota dengan hiruk pikuk bunyi siren kereta la (weuweuweu), construction tepi rumah la (ketukketukketuk), dan kenderaan lalu lalang.

Hari ni 9 January 2011...
Tahun baru, pun dengan azam baru. Last post aku pun waktu tahun baru tapi tahun lepas. Hahahaha. Kali ini aku harap dapat jd blogger yang berterusan. Dengan harapan tahun ini aku punya banyak cerita menarik untuk diceritakan.

Aku harap aku boleh bahagikan masa kerja dan blogging kerana baru aku perasan aku xpenah jengah blog ni sejak setahun bekerja. Huhuhuhu.

Permulaan tahu baru aku kali ini lain dari yang lain. Aku join konvoi sekumpulan anak muda. Okep!!! Cukup disitu dulu. Aku ada hal dan aku akan wat Special posting untuk Konvoi Pertamaku.