~end Of jUne~

alhamdulillah,..

Aku rasa bersyukur kerana dari hari ke hari aku dapat rasa seperti semakin bersemangat untuk melangkah,.. Kenapa? Haha, sebab dah xlama lagi aku akan balik duk kampung la,.. >.<

Hari ni aku baru je dapat 3 buah IPO prospektus dari En Wan, perghh,.. Company ape?

i - Bumi Armada,
ii - Hibiscus Petroleum, dan
iii - PLabs

1 -> 1 -> 1

First skali, Selamat hari Bapa~

Alhamdulillah, hari ni aku masih sihat wal'afiat untuk meneruskan idop hari ke hari,..
Hari ni aku xde aktiviti pape pn, kecuali buat kerja opis aku yang xabez2, haiya,.. bukan aku nk mengeluh ke ape ke, (tp kategori mengeluh dah ni), aku kalau bleh tanak keje yg menganggu hari minggu aku, time aku nk bercuti, ade je gangguan mental dan fizikal, at the end, aku xleh nk wat keje aku sendiri, pn xleh nk ride, haiya haiya,

Tadi aku baru je pas cakap ngn ayah aku, almaklum la,.. hari Ayah, perbincangan utama adalah mengenai pemindahan aku ke kampung ujung bulan ni, dan diumumkan bahawa GREEN LIGHT telah pn diterima untuk aku ride BALIK KAMPUNG, alhamdulillah,.. akan tetapi, macam biasa, aku dapat agak mak aku akan berleter panjang dlu sblm aku berjaya laksanakan misi aku kali ini, hehehe,

Hari ni aku juga belajar 1 benda baru, cara2 tukar2 heading blog ni, thanks to epi aka syafiq yg merupakan penggiat dlm industri blogging ni, cantik kan heading ni?? tp bukan aku yg buat, hahaha,




~~~tik, tok, tik, tok~~~

Pejam celik, pejam celik,..
Rupa-rupanya dah tinggal xsampai 2bulan pun lagi untuk aku kerja di Kuala Lumpur,..

Ha?? Lepas ni nak ke mana?? Hehehehe,
Aku bakal pulang ke kampung halaman untuk bersama mak, ayah, dan adik-adik,.. ohho~~~ adakah aku bakal tinggalkan kehidupan bermotor aku? TIDAK MUNGKIN!!! muahahahaha, walaupun aku ni tidaklah begitu tau hal-hal motor ni, tapi jiwa aku untuk ride tetap ada,..

Ada orang yang bertanya, xminat kereta ka?? ehem2,.. Ok, walaupun aku sudah berlesen kereta, tapi keinginan untuk aku berkereta tidak begitu kuat,.. Setiap kali aku bawak kereta, mesti akan rasa nak muntah, pening2, mengalahkan orang yang morning sick pulak, huhuhu,

Ok, kembali ke cerita asal, aku sekarang akan balik ke kampung end of July, and guess what?? aku bercadang untuk ride balik kampung!!! weeeehuweeeeehu, insyaAllah, jika panjang umur, sihat tubuh badan, sihat kesihatan motor tu, hehehe, dan aku berdoa mak aku dan ayah aku terbuka hati bagi aku ride kali ni,.. almaklumla,.. jauh dari yang biasa,..

Plan aku bila dah duk kampung nanti,.. Aku sendiri pun xpasti,.. Cuma wat masa sekarang ni, aku nak fokus pada aku punya itik2,.. bukan senang nak laksanakan projek ni,.. kena rajin, xleh duk rasa geli itu, geli ini,.. nasib baik la aku dari kecik memang anak kampung, so, basic tu dah ada,.. kalau setakat nk masuk kandang (kandang kah??) itik tu, no hal la,.. hehehe, cuma sekarang aku selalu la hubungi pihak veterinar mengenai aku punya rancangan, cuma kelas hanya akan bermula next year dan full time, dan aku mungkin pelajar tertua dalam kelas itu nanti sebab syarat untuk join kursus ni, umur 18tahun-25tahun~~~ oh,

Diharap ape yang dirancang berjalan dengan baik... insyaAllah,

p/s - Aku suka baca blog2 blogger lain, :D